SEJARAH SEKOLAH / பள்ளியின் வரலாறு



      Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1936. Nama asalnya ketika itu dikenali sebagai SRJK ( Tamil ) Ladang Kampar Malim. Bangunan sekolah ini didirikan di atas tanah ladang ini seluas ¼ ekar dan ianya terbina hampir kira- kira 1 kilometer dari jalanraya utama. Pada ketika itu, seramai 140 orang murid dari Ladang Kampar Malim dan Ladang Jong Lander belajar di sekolah ini. Guru besar dan kakitangan akademik pada ketika itu tidak dapat dikesan.

            Pada tahun 1962, En. K. Doraisamy telah ditempatkan di sekolah ini sebagai Guru Besar dengan keadaan bangunan sekolah yang amat uzur seperti papan, atap dan tiang- tiang kayu yang reput dimakan anai- anai.

            Pada tahun 1972, kerajaan telah membeli sebidang tanah seluas 3 ekar daripada pengurusan Ladang Tong Wah sebagai tapah bangunan sekolah baru. Pada awal tahun 1981, usaha untuk membina bangunan baru telah dimulakan dengan pelan 1 blok bangunan terdiri daripada 3 bilik kelas, 1 bilik guru besar serta pejabat am, 1 bilik guru dan 1 bilik stor dengan kos perbelanjaan sebanyak RM130 000.00 ( Ringgit Malaysia Seratus Tiga Puluh Ribu Sahaja ). Bangunan baru ini terletak kira- kira 60 meter daripada jalan besar utama yang menghubungkan pekan Tapah dan Chenderiang.

            Pada bulan November tahun 1981, murid- murid dari bangunan lama telah dipindahkan ke bangunan baru oleh guu besar ketika itu, Encik Doraisamy. Pada tahun 1985, Encik Doraisamy telah ditukarkan ke SJK (T) Tun Sambanthan, Bidor manakala Encik A. Chandra Segaran telah mengambil alih tempat beliau sebagai Guru Besar Ladang Tong Wah.

            Pada 3 hb Disember 1986, Encik A. Chandra Segaran telah ditukarkan ke SJK (T) Barathy, Chenderiang dan tempat beliau diganti pula oleh Encik A. Ramanaidu. Bilangan murid pada ketika itu adalah seramai 34 orang dan kakitangan akademik pula 4 orang termasuk guru besar.

            Bilangan murid sekolah ini semakin menurun apabila pengurusan ladang telah menjual sebahagian tanah ladang ini kepada orang- orang tempatan. Penanaman kelapa sawit telah diperbanyakkan dan ladang- ladang getah telah berkurangan serta pemilik  kebun kelapa sawit mengusaha ladang- ladangnya dengan sendiri. Ekoran dari masalah ini, pengurusan ladang terpaksa mengurangkan bilangan pekerja  dan ini menyebabkan kebanyakkan pekerja – pekerja ladang berhijrah  ke bandar- bandar dan ladang- ladang lain untuk mencari pekerjaan.

            Encik A. Ramanaidu telah berkhidmat selama 6 tahun di sekolah ini bermula dari 3.12.1986 hingga        15.1. 1993. Sepanjang perkhidmatan beliau, prestasi kurikulum dan kokurikulum telah meningkat dengan pesat. Pada tahun 1992, sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah tercantik dalam program keceriaan sekolah kawasan Batang Padang dalam kategori SJKT.

            Pada 16. 1. 1993, Encik A. Ramanaidu telah ditukarkan ke SJK (T) Ladang Cluny, Slim River sebagai guru besar dan tempat beliau di sini pula digantikan oleh En. R. Maniam dari SJK (T) Barathy, Chenderiang. Pada 19. 2. 1993 satu bencana alam ( ribut ) telah memusnahkan bumbung bangunan sekolah ini. Akibat dari bencana itu, bangunan tingkat termasuk bilik kelas, pejabat, bilik guru telah termusnah dengan teruk. Kejadian ini telah dilaporkan kepada Pegawai Pendidikan Daerah , Jabatan Pendidikan Negeri , Balai Polis dengan serta – merta oleh Encik. R. Maniam. Pegawai Pendidikan Daerah telah mengambil tindakan segera melalui Jabatan Kerja Raya ( Unit Pembangunan ) untuk membaiki kerosakan bangunan sekolah.

            Pada 31. 1. 1994, guru besar Encik. R. Maniam telah ditukarkan ke SJK (T) Khir Johari, Tapah Road dan tempat beliau diambil alih oleh Encik. M. Shanmugam dari SJK ( T) Ladang Sungai Wangi, Setiawan bermula 1. 2. 1994. Beliau hanya dapat berkhidmat di sekolah ini bagi tempoh satu tahun 4 bulan sahaja iaitu  hingga 29.9. 1995, kerana beliau telah mendapat kelulusan untuk melanjutkan pelajaran di USM. Pada 16. 8. 1995, Encik E. Krishna Moorthi dari SJK (T) Kampung Jebong Lama , Simpang , Taiping ditugaskan sebagai guru besar sekolah ini. Beliau telah berkhidmat selama 2 tahun di sekolah ini dan meletak jawatan guru besar pada 1. 8. 1997 dengan alasan ingin mengurus perniagaan sendiri.

            Pada 15. 9. 1997, Puan T. Agilandeswary dari SJK (T) Tapah ditukarkan ke sekolah ini sebagai guru besar. Dalam tempoh perkhidmatannya, beliau telah meningkatkan taraf sekolah dalam bidang kurikulum , kokurikulum , keceriaan sekolah dan sebagainya. Beliau juga telah dapat menyelesaikan beberapa isu- isu sekolah seperti :-
·         Menyelesaikan hutang – hutang sekolah
·         Mewujudkan sistem pengurusan mesra di antara guru, kakitangan bukan guru dan masyarakat luar.
·         Meningkatkan imej sekolah dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
·         Berjaya memperoleh keputusan UPSR yang cemerlang iaitu kelulusan 100% bagi tahun 1998 dan 2000.
·         Membekalkan pakaian seragam kepada 8 orang murid ( pengawas ) dengan perbelanjaan sendiri.
·         Membekal beberapa alat keperluan pejabat seperti shetty, langsir tingkap, Linonian Mat, Railing , pokok- pokok hiasan plastik, carpet dan lain- lain dengan perbelanjaan sendiri.
·         Membekalkan anak- anak pokok bunga untuk keceriaan sekolah.
·         Memberi sumbangan kepada murid- murid yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR sebanyak RM600  kepada tiga orang murid.

Pada 3.5.1999, Encik Annadurai a/l Artanari dari S.K. Datuk Kelana , Jalan Pahang, Tapah ditempatkan di sekolah sebagai Pembantu Tadbir Rendah oleh Jabatan Pendidikan Perak. Di Bawah pentadbiran Pn. Agilandeswary a/p Thatchanamoorthy beliau juga telah banyak membantu Guru Besar dalam urusan pengurusan/ pentadbiran sekolah untuk menyelesaikan beberapa masalah. Beliau juga telah berjaya mengadakan satu sistem pengurusan pejabat yang lengkap dan teratur. ( sistem fail, buku stok, fail- fail kewangan, carta organisasi pejabat dan sebagainya)

Pada 16.7.2001, Pn. Agilandeswary a/p Thatchanamoorthy  telah ditukarkan ke SJKT Tapah, Jalan Dato Ponnusamy Pillai, Tapah. Tempat beliau pula diganti dengan Pn. Krishnaveny a/p Perumal sebagai Guru Besar dari SJK (T) Ladang Cluny, Slim River mulai dari 16.7.2002.

Pada 14.10.2003, Pn. Jagathesuare a/p Rajabather telah mengambil alih tugas sebagai Guru Besar sekolah ini. Beliau telah meneruskan usaha kerja bekas guru besar – guru besar di sekolah ini dengan meningkatkan tahap pencapaian sekolah ke taraf yang lebih tinggi. Banyak program dan aktiviti – aktiviti dijalankan semasa beliau bertugas di sekolah ini. Pada awal tahun 2008 , bekas guru penolong di sekolah ini, En. Anpalakan a/l Perumal telah ditawarkan sebagai Guru Kanan dan kembali ke sekolah ini.

Pada 16.12.2008, Pn. Jagathesuare telah ditukarkan ke SJK (T) Ladang Banopdane, Bidor dan digantikan pula dengan Pn. Sunthari a/p Shanmugadass yang berasal dari Bercham, Ipoh. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini selama dua tahun dengan dibantu oleh 6 orang guru akademik yang lain.

Pn. Sunthari telah bekerja keras untuk mempromosikan sekolah ini dengan harapan untuk meningkatkan bilangan pelajar sebelum tahun 2010. Beliau juga telah mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah ini. Antaranya adalah seperti berikut:

Langkah 1: Mengecatkan bangunan sekolah , menceriakan kawasan sekolah dengan menanam pokok bunga  di persekitaran sekolah.

Langkah 2: Mewujudkan pusat sumber sekolah yang sempurna dan bersistematik sehingga dapat 2 bintang.

Langkah 3: Mewujudkan bilik BOSS.

Langkah 4: Memaparkan papan tanda yang besar di sekolah serta di kawasan masuk sekolah berdekatan Tapah dan kedua- dua papan tanda ini disumbangkan oleh “Kaattu Kovil”

Langkah 5: Beliau juga telah berjumpa dengan ibubapa di kawasan Tapah dan menawarkan beberapa faedah khusus belajar di  SJK (T) Ladang Tong Wah . Ramai ibubapa berminat dan menukarkan anak- anak mereka ke SJK (T) Ladang Tong Wah.

Langkah 6: Beliau membantu mendapatkan sumbangan dari pihak luaran untuk memberi perkhidmatan pengangkutan percuma , bantuan pakaian seragam, beg sekolah, buku tulis dan buku kerja serta bantuan makanan.
     Pada 20.12.2010, Pn. K. Esparey telah mengambil alih tugas sebagai Guru Besar di sekolah ini. Bilangan murid pada tahun 2015 ialah 44 orang. Beliau telah merancang dan melaksanakan pelbagai strategi untuk pencapaian murid – murid dalam bidang kurikulum, kokurikulum, keceriaan sekolah dan sebagainya. Beliau telah mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan prestasi dan keceriaan sekolah. Antaranya adalah seperti berikut:

Langkah 1: Mengecat bangunan sekolah, menceriakan kawasan sekolah dengan menanam pokok bunga di persekitaran sekolah.

Langkah 2: Mewujudkan satu sistem pengurusan mesra di antara guru, kakitangan bukan guru dan masyarakat luar.

Langkah 3: Mewujudkan talian telefon di sekolah dan juga membeli mesin faks.

Langkah 4: Membina stor pekerja untuk menyimpan peralatan pekerja dengan teratur dan kemas.

Langkah 5 : Membina bangunan tambahan yang digunakan sebagai dewan serbaguna dimana ia digunakan sebagai kantin sekolah.

Langkah 6 : Membina satu kelas sebagai tambahan yang digunakan sebagai kelas Tahun 1.

Langkah 7 : Menggantikan papan tanda sekolah yang lama dengan yang baru.

Langkah 8 : Menceriakan bilik BOSS, bilik pemulihan, bilik ICT, bilik PSS dan sebagainya.

Langkah 9 : Naiktaraf  lantai PSS dari simen ke jubin.

Langkah 10 : Membeli alat siaraya ( P.A Sistem ) , langsir, tikar getah, bunga plastik, door mat dan sebagainya untuk kegunaan sekolah.

Langkah 11: Mendapatkan sumbangan dari pihak luaran untuk memberi perkhidmatan pengangkutan percuma, bantuan pakaian seragam, beg sekolah, buku tulis dan bantuan makanan untuk kelas tambahan.


            Pada 16.11.2016, En. S. Thangamani telah mangambil alih tugas sebagai Guru Besar di sekolah ini. Bilangan murid pada tahun 2016 ialah 40 orang. Beliau telah merancang dan melaksanakan pelbagai strategi untuk meningkatkan pencapaian murid- murid dalam bidang kurikulum, ko-akademik serta menceriakan kawasan sekolah. Beliau telah mengambil beberapa langkah untuk meningkatkan prestasi dan keceriaan sekolah. Antaranya ialah seperti berikut:

Langkah 1:  Menyusun semula bilik- bilik mengikut penguusan sekolah yang mantap sebagai strategi pengurusan tahun 2017. Mewujudkan  bilik khas untuk Guru- Guru Kanan. Mengemaskini stor sukan dan stor pekerja.

Langkah 2: Menceriakan kawasan sekolah dengan menanam pokok bunga serta mengecat Taman Herba sekolah, pasu- pasu bunga, menyusun batu- batu keliling pokok bunga yang di tanam dan lain- lain.

Langkah 3: Menaiktaraf dewan serbaguna dengan membuat penghadang bilik- bilik darjah serta pentas untuk kegunaan acara- acara rasmi sekolah.

Langkah 5: Membina tempat letak kenderaan bagi guru- guru.

Langkah 6 : Menaiktaraf bilik pejabat, bilik guru, guru- guru kanan.

Langkah 7 : Membina gelanggang badminton bagi penggunaan murid- murid  serta bilik tandas berasingan bagi guru – guru lelaki dan perempuan.
 Langkah 8 : Membina pondok- pondok bacaan ( 3 buah ) untuk pembelajaran murid di luar bilik darjah.

En. S Thangamani  telah bersara pada Jun 2019 dan tempat beliau digantikan oleh Pn. Jothy a/p Maruthan dari SJKT Ladang Sungai Kruit. Usaha- usaha untuk meningkatkan prestasi sekolah dalam segala bidang diteruskan oleh beliau demi menjaga nama baik sekolah yang diterajui oleh Guru Besar-  Guru Besar sebelum ini.

Beliau telah berusaha menceriakan kawasan sekolah dengan menanam pokok –pokok bunga , mengecat pasu- pasu bunga, mengecat luaran dan dalaman bangunan- bangunan sekolah.

          SENARAI  GURU BESAR 




பள்ளியின் வரலாறு

    தொங் வா தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி 1936இல் துவங்கப்பட்டது. இந்த பள்ளி ஆரம்ப காலத்தில் கம்பார் மாலிம் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி என்றே அழைக்கப்பட்டது. இப்பள்ளியின் கட்டடம் தோட்டத்தின் நிலத்திலேயே ஏறக்குறைய ¼ ஏக்கர் நிலப்பரப்பில் நிர்மாணிக்கப்பட்டிருந்தது. செண்டரியாங் – தாப்பா முதன்மை சாலையில் இருந்து ஏறக்குறைய 1 கிலோமீட்டர் உள்புறமாக கட்டப்பட்டிருந்த இந்த பள்ளியில் கம்பார் மாலிம் மற்றும் ஜோங் லாண்டர் தோட்டத்திலிருந்து சுமார் 140 மாணவர்கள் பயின்றனர். ஆரம்ப காலத்தில் பள்ளியை நிர்வகித்த தலைமையாசிரியர் மற்றும் பிற ஊழியர்களின் விவரங்கள் கிடைக்கப் பெறவில்லை.
      1962இல் திரு.K. துரைசாமி என்பவர் இப்பள்ளிக்கு தலைமையாசிரியராக நியமிக்கப்பட்டார். பள்ளி கட்டத்தின் பெரும்பகுதிகள் கரையான் அரித்து மிக மோசமான, பாதுகாப்பற்ற நிலையில் இருந்தது.
      1972இல் அரசாங்கம் தொங் வா தோட்ட நிர்வாகத்திடமிருந்து மூன்று ஏக்கர் நிலத்தை வாங்கியது. 1981இல் பள்ளியின் புதிய கட்டடம் நிர்மாணிக்கப் பெற்றது. அதில் 3 வகுப்பறைகள், 1 ஆசிரியர் அறை, 1 தலைமையாசிரியர் அறை, நிர்வாக அலுவலகம், 1 களஞ்சிய அறை (storeroom) ஏறக்குறைய ரிங்கிட் மலேசியா 130 000.00 செலவில் நிர்மாணிக்கப்பட்டது. இந்த புதிய கட்டடம் தாப்பா – செண்டரியாங் முதன்மை சாலையில் இருந்து 60 மீட்டர் இடைவெளியில் நிறுவப்பட்டது.
      நவம்பர் 1981இல், பள்ளியின் பழைய கட்டடத்திலிருந்து அனைத்து தளவாடங்களும் புதிய பள்ளிக்கு மாற்றப்பட்டன. திரு.K. துரைசாமி 1985 வரை அப்பள்ளியில் தலைமையாசிரியராக பணி புரிந்தார். அதன் பின்னர் அவர் பீடோர் துன் சம்பந்தன் தமிழ்ப்பள்ளிக்கு மாற்றப்பட்டார். திரு. A.சந்திர சேகரன் தொங் வா தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளியின் புதிய தலைமையாசிரியராக நியமணம் பெற்றார்.
      3 டிசம்பர் 1986இல் திரு. A.சந்திர சேகரன் செண்டரியாங் வட்டாரத்தில் அமைந்துள்ள பாரதி தமிழ்ப்பள்ளிக்கு மாற்றப்பட்டார். அதன் பின்னர், திரு. A. இராமநாயுடு அவர்கள் பள்ளியின் புதிய தலைமையாசிரியராக பதவி ஏற்றார். அப்பொழுது மாணவர்களின் எண்ணிக்கை 34 ஆகவும் ஆசிரியர்களின் எண்ணிக்கை 4 பேராகவும் இருந்தது ( தலைமையாசிரியர் உட்பட ).
      தோட்ட நிர்வாகம் பெரும்பகுதி நிலத்தை உள்ளூர் பணக்காரர்களுக்கு விற்றுவிட்டதால் தோட்ட பாட்டாளிகள் வேலை தேடி பட்டணபுறங்களுக்கு சென்றனர். அதன் விளைவாக பள்ளியில் மாணவர்களின் எண்ணிக்கை மிகவும் மோசமாக சரிந்தது. இரப்பர் தோட்டங்களும் அதிகளவில் அழிக்கப்பட்டு செம்பனை மரங்கள் நடப்பட்டதால் ஆட்குறைப்பு நடவடிக்கை மேற்கொள்ளப்பட்டு பலரது வேலை பறிபோனது. இதனால் அவர்கள் பட்டணப்புறங்களுக்கும் வேறு தோட்டங்களுக்கும் வேலை தேடிச் சென்றனர்.
      திரு. A. இராமநாயுடு 3.12. 1986 முதல் 15.1.1993 வரை இப்பள்ளியின் தலைமையாசிரியராக பணி புரிந்தார். அவரது பணிக்காலத்தில் பள்ளியின் கல்வித்தரம் மேம்பாடு அடைந்திருந்தது. மாணவர்கள் புறப்பாட நடவடிக்கைகளிலும் சிறந்து விளங்கினர். 1992இல் தொங் வா தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளி பத்தாங் பாடாங் மாவட்ட தமிழ்ப்பள்ளிகளின் பிரிவில் மிக துய்மையான பள்ளியாக தேர்ந்தெடுக்கப்பட்டது.
      16.1.1993இல் திரு. A. இராமநாயுடு அவர்கள் சிலிம் ரிவர், குளுனி தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளிக்கு மாற்றலானதால், திரு. R. மணியம் தொங் வா தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளியின் புதிய தலைமையாசிரியராக நியமிக்கப்பட்டார். 19.2.1993இல் ஏற்பட்ட இயற்கை பேரிடரால் பள்ளியின் கூரைகள் கடுமையாக சேதமடைந்தன. பள்ளியின் தலைமையாசிரியர் இந்த சம்பவத்தை மாவட்ட கல்வி அலுவலகத்திற்கும் மாநில கல்வி இலாகாவிற்கும் தொடர்ந்து அருகில் உள்ள காவல் நிலையத்திற்கும் எழுத்துபூர்வமாக அறிவித்திருந்தார். அதன் பின்னர், மாவட்ட கல்வி அலுவலக அதிகாரிகள் , JKR ( கட்டட பிரிவு ) மூலமாக அந்த சேதங்களை சரிசெய்தனர்.
      31.1.1994இல் திரு. R. மணியம் அவர்கள் தாப்பா ரோட் , கீர் ஜோஹாரி தமிழ்ப்பள்ளிக்கு மாற்றப்பட்டு அவருக்கு பதிலாக சித்தியவான், சுங்கை வாங்கி  தோட்டத்தமிழ்ப்பள்ளியில் இருந்து  திரு. M. சண்முகம் அவர்கள் இப்பள்ளிக்கு புதிய தலைமையாசிரியராக நியமணம் செய்யப்பட்டார். 1 வருடம் 4 மாத காலங்கள் தலைமையாசிரியராக பணிபுரிந்த அவர், மலேசிய அறிவியல் பல்கலைகழகத்தில் மேற்படிப்பைத் தொடர அனுமதி கிடைத்து சென்றுவிட்டதால் சிம்பாங் தைப்பிங், ஜெபோங் லாமா தமிழ்ப்பள்ளியில் இருந்து திரு. E. கிருஷ்ணமூர்த்தி அவர்கள் புதிய தலைமையாசிரியராக நியமிக்கப்பட்டார். அவர் இப்பள்ளியில் ஈராண்டு காலம் பணிபுரிந்தபின் சுய வியாபாரத்தை கவனிக்கக்கோரி 1.8.1997இல் அதிகாரப்பூர்வமாக பதவி விலகினார்.
      15.9.1997இல் தாப்பா தமிழ்ப்பள்ளியில் இருந்து திருமதி. T. அகிலாண்டேஸ்வரி இப்பள்ளிக்கு தலைமையாசிரியராக மாற்றப்பட்டார். அவரது பணிக்காலத்தின்போது பள்ளியின் கல்விநிலை , புறப்பாட நடவடிக்கைகள் மற்றும் பள்ளியின் சுற்றுப்புற அழகில் மிகுந்த கவனம் செலுத்தினார். அவர் பள்ளியின் பல பிரச்சனைகளை மிக விரைவில் சரி செய்தார். அவை:
·         பள்ளியின் கடன்களை கட்டி முடித்தார்.
·         ஆசிரியர், பணியாட்கள் மற்றும் பெற்றோர்களுக்கிடையிலான உறவினை வலுப்படுத்தினார்.
·         கல்வி மற்றும் புறப்பாட நடவடிக்கைகளில் பள்ளியின் பெயரை மாவட்ட/ மாநில ரீதியில் மேலோங்க செய்தார்.
·         1998, 2000ஆம் ஆண்டுகளில் யூ.பி.எஸ்.ஆர். தேர்வில் 100% பதிவு செய்தார்.
·         8 தலைமை மாணவர்களுக்கு தன் சொந்த செலவில் சீருடை வழங்கினார்.
·         பள்ளிக்கு தேவையான பலவிதமான தளவாட பொருள்களையும் பூச்செடிகளையும் சுயமாக வாங்கி கொடுத்தார்.
·         யூ.பி.எஸ்.ஆர். தேர்வில் சிறந்த மதிப்பெண்களை பெற்ற 3 மாணவர்களுக்கு தலா 600 ரிங்கிட் பரிசாக வழங்கினார்.
3.5.1999இல் டத்தோ கெலானா தேசியப் பள்ளியில் இருந்து திரு. A. அண்ணாதுரை இப்பள்ளியில் புதிய குமாஸ்தாவாக மாநில கல்வி இலாகாவால் நியமிக்கப்பட்டார். திருமதி. T. அகிலாண்டேஸ்வரியின் மேற்பார்வையில் அவரும் பள்ளியின் நற்பெயருக்கு அயராது பாடுபட்டார். பள்ளியின் நிர்வாகத்துறையில் அவருக்கு துணையாக இருந்ததோடு, அலுவலகத்தில் கோப்பு முறையை சீர்படுத்தி பணம் சம்பந்தப்பட்ட அனைத்து கோப்புகளையும் முறைமை படுத்தினார்.
      16.7.2001இல் திருமதி. T. அகிலாண்டேஸ்வரி மீண்டும் தாப்பா தமிழ்ப்பள்ளிக்கே மாற்றப்பட்டார். அவருக்கு பதிலாக சிலிம் ரீவர், குளுனி தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளியில் இருந்து  திருமதி. P. கிருஷ்ணவேணி இப்பள்ளிக்கு தலைமையாசிரியராக நியமிக்கப்பட்டார்.
      14.10.2003இல் திருமதி. இரா.ஜெகதிஸ்வரி தொங் வா தோட்ட தமிழ்ப்பள்ளியின் புதிய தலைமை பொறுப்பேற்றார். இவரும் பள்ளி மற்றும் மாணவர்களின் கல்வி நலனில் மிகுந்த அக்கறை கொண்டிருந்தார். பள்ளியின் நற்பெயரை மேம்படுத்தும் வகையில் பலவிதமான நடவடிக்கைகளை மேற்கொண்டிருந்தார்.
      16.12.2008இல் திருமதி. இரா.ஜெகதிஸ்வரி பனோப்டேன் தோட்டத் தமிழ்ப்பள்ளிக்கு மாற்றப்பட்டதால் , ஈப்போ, பெர்ச்சாமில் இருந்து திருமதி. S. சுந்தரி புதிய தலைமையாசிரியராக பதவியேற்றார். பள்ளியின் மாணவர் எண்ணிக்கையை கூட்டும் வகையில் பலவித நடவடிக்கைகளை செய்தார். அவற்றில் சில:
·         பள்ளி கட்டடத்தை சாயம் பூசி அழகை மெருகூட்டினார்; பள்ளி சுற்றுப்புறங்களில் பலவித பூச்செடிகளால் அழகுபடுத்தினார்.
·         பள்ளி நூலகம் 2 நட்சத்திர தரம் பெரும் வகையில் முழுமையாக சீரமைத்தார்.
·         BOSS நடவடிக்கை அறை உருவாக்கினார்.
·         பள்ளியின் பெயர்ப்பலகையை தாப்பா பட்டணத்தின் அருகில் பள்ளிக்கு நுழைவாயிலாக விளங்கும் முதன்மை சாலையின் ஓரத்தில் ஊன்றினார்.
·         தாப்பா வட்டாரத்தில் வசிக்கும் இந்தியர்களை அணுகி தத்தம் பிள்ளைகளை இப்பள்ளிக்கு அனுப்புமாறு வேண்டினார்.
·         அதனை தொடர்ந்து பள்ளி மாணவர்களுக்கு பல வசதிகளையும் செய்து கொடுத்தார். அவற்றில் இலவச பேருந்து சேவையும் ஒன்றாகும். மேலும் மாணவர்களுக்கு இலவச சீருடை, காலணி, புத்தகப் பை , எழுத்துப் பொருள்கள், நோட்டுப் புத்தகங்கள் , பயிற்சிப் புத்தகங்கள் மற்றும் இலவச உணவும் செய்து கொடுத்தார்.
20.12.2010இல் திருமதி. K. ஈஸ்வரி ‍பள்ளியின் புதிய தலைமையாசிரியராக நியமிக்கப்பட்டார். 2015இல் பள்ளியில் மாணவர்களின் எண்ணிக்கை 44ஆக இருந்தது. மாணவர்களின் கலவி தரத்தை உயர்த்த இவரும் அரும்பாடு பட்டார். அவற்றில் சில:
·         பள்ளி கட்டடத்தை வர்ணம் பூசி புனரமைத்தார். பள்ளியை சுற்றி பூச்செடிகளால் அலங்கரித்தார்.
·         பெற்றோர், ஆசிரியர்களுக்கிடையே சுமுகமான உறவை ஏற்படுத்தினார்.
·         பள்ளிக்கு தொலைபேசி மற்றும் தொலைநகல் வசதி ஏற்படுத்தினார்.
·         பள்ளி பணியாளர்களுக்கு பொருள்களை அடுக்கி வைக்க ஸ்டோர் கட்டி தந்தார்.
·         பள்ளிக்கு கூடுதல் கட்டடம் கட்டினார். அக்கட்டடம் சிற்றுண்டிச்சாலையாகவும் பல்நோக்கு அரங்கமாகவும் செயல்பட்டது.
·         பள்ளியின் பெயர்ப்பலகையை மாற்றி அமைத்தார்.
·         BOSS அறை, குறைநீக்கல் அறை, தகவல் தொழில்நுட்ப அறை, மற்றும் நூலகத்தை சீர் செய்தார்.
·         நூலகத்தின் சிமென்ட் தரையை பளிங்குதரையாக மாற்றினார்.
·         பள்ளிக்கு தேவையான தளவாடப் பொருள்களை வாங்கினார்.
·         இலவச பேருந்து சேவை, சீருடை, காலணி, புத்தகப் பை , எழுதுப்பொருள்கள், நோட்டுப் புத்தகங்கள், பயிற்சி நூல்கள், மற்றும் கூடுதல் வகுப்பு பயிலும் மாணவர்களுக்கு இலவச உணவு கிடைக்க உதவி செய்தார்.
16.11.2016இல் திரு.S.தங்கமணி தலைமையாசிரியராக இப்பள்ளிக்கு மாற்றப்பட்டார். 2016ஆம் ஆண்டு மாணவர்களின் எண்ணிக்கை 40ஆக இருந்தது. திரு.S.தங்கமணி அவர்களும் மாணவர்களின் கல்வி வளர்ச்சிக்காக பல திட்டங்களை தீட்டியுள்ளார். அவற்றில் சில:
·         சீரான பள்ளி நிர்வாகத்திற்கு வகுப்பறைகளையும் சிறப்பு அறைகளையும் மாற்றி அமைத்தார். தனி அலுவலகம், தலைமையாசிரியர் அறை, துணைத் தலைமையாசிரியர்கள் அறை, அசிரியர் அறை என பிரித்து மறு சீரமைப்பு செய்தார்.
·         பள்ளி வளாகத்தை சீர் செய்யும் நடவடிக்கையாக புதிய செடிகளை தருவித்தார்; சுவர்களில் கற்றல் கற்பித்தல் நடவடிக்கைக்கு ஏதுவான வாசகங்களும் படங்களும் வரைய பணித்தார்.
·         பள்ளியின் பல்நோக்கு மண்டபத்தை சீரமைத்து 2 வகுப்பறைகளும் ஒரு சிற்றுண்டிச்சாலையும், மேடையும் உருவாக்கினார். தேவைக்கேற்ப அந்த அறைகளை திறந்து மூடும் வகையில் தடுப்புக் கதவுகள் செய்தார்.
·         ஆசிரியர்களுக்கான வாகன நிறுத்துமிடம் உருவாக்கினார்.
·         பூப்பந்து விளையாடுமிடமும் ஆசிரியர்களுக்கு தனி கழிப்பறைகளும் உருவாக்கினார்.
·         மாணவர்கள் ஓய்வு நேரங்களில் பயன்டுத்தவும் ஆசிரியர்கள் வெளிப்புற கற்றல் கற்பித்தல் நடவடிக்கை மேற்கொள்ளவும் மூன்று வாசிப்பு குடில்களை ஏற்படுத்தித் தந்தார்.
திரு.S.தங்கமணி அவர்கள்  16 ஜூன் 2019இல் பதவி ஓய்வு பெற்றார். அவருக்கு பதிலாக சுங்கை குருட் தோட்டத்தமிழ்ப்பள்ளியில் இருந்து திருமதி ம. ஜோதி அவர்கள் இப்பள்ளிக்கு மாற்றப்பட்டார்.
திருமதி. ம. ஜோதி அவர்கள் இப்பள்ளிக்கு வந்த குறுகிய காலத்திலேயே பல அறிய நடவடிக்கைகளை மேற்கொண்டு பள்ளியின் புறத் தோற்றத்திலும் மாணவர்களின் அடைவுநிலையிலும் மிக பெரிய மாற்றத்தை கொண்டு வந்தார். பல ஆண்டுகளாக பெண் மாணவிகளின் கழிவறையில் நீர் தொட்டியில் விரிசல் ஏற்பட்டு பள்ளி கட்டடத்தின் கூரை மற்றும் தூண்கள் மக்கி உடையும் தருவாயில் இருந்தது. 2019இல் அரசாங்கத்தில் கிடைக்கப்பெற்ற ரி.ம.10000  மானியத்தைக் கொண்டு அந்த சிக்கலை சரி செய்தார்.
மேலும் 2020இல் இரண்டாம் கட்டமாக கிடைக்கப்பெற்ற உதவித் தொகை ரி.ம.50000க் கொண்டு பள்ளியின் மேற்கூரைகள், பள்ளிக்கட்டடத்தின் மின்கம்பிகள், விளக்குகள் மற்றும் மின்விசிறிகள் அனைத்தையும் புதிதாக மாற்றியமைத்தார்.    
மாணவர்களுக்கான இலவச பேருந்து சேவை, சீருடை, காலணி, புத்தகப் பை , எழுதுப்பொருள்கள், நோட்டுப் புத்தகங்கள், பயிற்சி நூல்கள், மற்றும் கூடுதல் வகுப்பு பயிலும் மாணவர்களுக்கு இலவச உணவு  தொடர்ந்து கிடைக்க பல வழிகளில் உதவி செய்து கொண்டிருக்கிறார்.


No comments:

Post a Comment